Friday, 24 February 2012

gambar tangki simpanan air

http://www.box.com/s/ycbxj80mfjmmhbkfj2ti
huraian pengajaran tahunan http://www.box.com/s/8gmqo6qmyn4b1jidpz0y

NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN SATU



Elektrik

MAKSUD ELEKTRIK
·  Elektrik ialah tenaga
·  Elektrik ialah pergerakan elektron dalam pengalir
·  Elektrik boleh didapati dalam dua bentuk arus iaitu arus terus dan arus ulang alik
·  Elektrik yang dibekalkan kerumah-rumah adalah sebanyak 220-240V dalam bentuk arus ulang alik (AC/AU).
·  Di Malaysia elektrik dibekalkan oleh TNB (Tenaga Nasional Berhad).

SUMBER ELEKTRIK
http://khbsatu.webs.com/sumber01.gif
i. Sel Kering   ii. Sel Basah   iii. Dinamo Basikal
Kaedah menghasilkan elektrik:
  1. Melalui proses tindak balas kimia - contoh sel kering dan sel basah
  2. Melalui tindak balas aruhan kemagnetan - contoh dinamo basikal dan janakuasa
  3. Lain-lain seperti:
    1. kuasa solar
    2. tindakan haba
Sel Kering
  1. Sel kering menghasilkan voltan 1.5 volt
  2. Dua sel kering yang disambungkan secara siri akan menghasilkan 3.0 volt
http://khbsatu.webs.com/selsiri.gif
Dua sel kering disambung siri
  1. Arus elektrik yang dihasilkan oleh sel kering ialah arus terus (AT/DC)
  2. Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh sel kering adalah daripada hasil tindak balas kimia
  3. Sel kering digunakan pada alatan elektrik mudah alih berkuasa rendah - seperti lampu picit, jam loceng, alatan permainan
Bahagian Sel kering
http://khbsatu.webs.com/selkering.gif
A = Punca positif , B = Bekas zink , C = elektrolit , D = Batang karbon , E = Punca negatif
Sel Basah
  1. Sel basah biasanya menghasilkan voltan 6.0 volt, 12 Volt dan 24 volt
  2. Sel basah boleh dicas semula dengan alat pengecas bateri
  3. Sel basah lebih dikenali sebagai bateri
  4. Sel basah digunakan di dalam kenderaan seperti motor, kereta, lori dan bas
Bahagian sel basah
http://www.freewebs.com/khb0/selbasah.gif
A = Plat positif (plumbum peroksida) , B= Terminal positif , C = Penyelang , D = Plat negatif (plumbum) , E = Elektrolit (Asid Sulfurik Cair)
Dinamo Basikal
  1. Dinamo basikal menghasilkan voltan 6 volt - 12 volt
  2. Arus elektrik yang dihasilkan oleh dinamo ialah arus ulang alik (AU/AC)
  3. Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh dinamo ialah hasil daripada aruhan kemagnetan
Bahagian Dinamo Basikal
http://khbsatu.webs.com/dinamo.gif
A = Pemutar , B = Magnet kekal , C = Teras besi, D = gegelung dawai , E = punca elektrik
Jenis-jenis sel
  1. Sel Alkali
  2. Sel merkuri
  3. Sel lithium
  4. Sel nikel kadmium

KEGUNAAN ELEKTRIK
http://khbsatu.webs.com/gunaelektrik.gif
i. Pengisar ii. Lampu Pendafluor iii. TV iv. Sterika v. Radio
  1. Untuk menghasilkan :
    1. cahaya
      • Contoh - lampu pendafluor, lampu pijar, LED
    2. bunyi
      • Contoh - Radio, siren, buzzer, loceng
    3. haba
      • Contoh - Pengering rambut, pembakar roti, seterika, cerek, ketuhar
    4. gerakan
      • Contoh - Kipas angin, pengisar, motor elektrik
    5. isyarat elektronik
      • Contoh - kalkulator, pad permainan, komputer

WAYAR ELEKTRIK
  1. Wayar kuprum beranemal
    1. Digunakan untuk membuat gegelung elektrik
  2. Teras tunggal
    1. Digunakan dalam bidang elektronik
    2. Mampu mengalirkan elektrik kuasa sangat rendah
  3. Teras kembar
    1. Digunakan untuk alat elektrik kuasa rendah seperti lampu dan peti suara
    2. Untuk membuat sambungan ke punca negatif dan positif atau wayar hidup dan wayar neutral sahaja
  4. Kabel teras tiga
    1. Digunakan untuk menyambung alatan elektrik berkuasa tinggi
    2. Untuk membuat sambungan ke punca hidup, neutral dan bumi
http://khbsatu.webs.com/wayar.gif
I = Wayar kuprum beranemal , II = Wayar teras tunggal , III = Wayar teras kembar , IV = Kabel teras tiga

JENIS PLAG
  1. Plag 2 pin
    1. Digunakan untuk menyambung bekalan elektrik kepada alatan elektrik berkuasa rendah
    2. Radio , TV, Pencukur
  2. Plag 3 pin
    1. Terdapat 2 jenis, plag 3 pin 13 ampere dan plag 3 pin 15 ampere
    2. Digunakan untuk menyambung bekalan elektrik kepada alatan elektrik berkuasa tinggi
    3. Periuk nasi, ketuhar, peti sejuk, seterika mengunakan plag 3 pin 13 ampere
    4. Pendingin hawa menggunakan plag 3 pin 15 ampere
http://khbsatu.webs.com/jenisplag.gif
I = plag 2 pin , II = plag 3 pin
http://khbsatu.webs.com/plag3pin.gif
i. Kedudukan tamatan L, N, dan E
ii. Pemasangan kod warna yang betul
iii. Kabel teras tiga biru, hijau dan coklat
PENDAWAIAN PLAG 3 PIN 13 AMPERE
  1. Alatan
http://khbsatu.webs.com/alatanelektrik01.gif
I = Pena Ujian , II = Penjalur wayar , III = Pisau lipat
  1. Bahan
    1. Kabel teras 3
  2. Langkah-langkah
http://khbsatu.webs.com/plag3pinpasang.gif
    1. Buangkan penebat kabel kira-kira 4 cm
    2. Jalurkan hujung ketiga-tiga wayar
    3. Pintalkan ketiga-tiga hujung wayar
    4. Buka penutup plag
    5. Pasangkan teras pada tamatan mengikut kod wayar yang betul iaitu
      • Wayar coklat/hitam ---> tamatan hidup(L)
      • Wayar biru/merah -----> tamatan neutral (N)
      • Wayar hijau/hijau-kuning ------>Tamatan bumi (E)
    6. Tutup semula plag dan pasangkan skru

FIUS
http://khbsatu.webs.com/fius.jpg
i. Simbol fius ii. Fius katrij iii. Fius dawai
  1. Digunakan untuk memutuskan litar sekiranya berlaku litar pintas atau lebihan tenaga elektrik
  2. Memberi perlindungan kepada alatan elektrik daripada rosak dan terbakar
  3. Unit ukuran fius ialah ampere
  4. Terdapat dua jenis fius
    1. Fius katrij - digunakan dalam plag 3 pin dan fius perkhidmatan rumah
      1. Fius 13A
        • Digunakan dalam plag 3 pin 13 ampere
      2. Fius 30A
        • Digunakan dalam fius perkhidmatan dalam sistem bekalan elektrik domestik
    2. Fius Dawai - digunakan dalam kotak agihan berfius dalam rumah
  5. Kadar fius yang biasa digunakan ialah 5A, 10A, 13A dan 30A
  6. Fius dibuat daripada aloi timah atau plumbum

LAMPU PIJAR DAN LAMPU PENDAFLUOR
http://khbsatu.webs.com/lampu.gif
i. Lampu pijar
  1. Kelalang
  2. Filamen
  3. Pin
  4. Sumber elektrik
ii. Lampu Pendaflour
  1. Pemegang
  2. Tiub
  3. Perumah
  4. Suis penghidup
Lampu pijar
  1. Ciri-ciri lampu pijar
    1. Menghasilkan cahaya kuning yang menyilaukan mata
    2. Cahayanya panas
    3. Meninggalkan bayang hitam
    4. Menggunakan kuasa elektrik yang banyak
  2. Bahagian lampu pijar
    1. Filamen = menyala dan mengeluarkan cahaya
    2. Gas argon = mencegah filamen daripada terbakar dan putus
    3. Sesuntuh = menyambung filamen ke punca elektrik
    4. Mentol kaca = melindungi gas argon dan filamen
Lampu pendarfluor
  1. Kelebihan Lampu pendaflour
    1. Warnanya putih terang dan tidak menyilaukan mata
    2. Cahayanya sejuk
    3. Menjimatkan elektrik
    4. Tidak meninggalkan bayang hitam
  2. Bahagian Lampu pendarflour
    1. Tiub pendarfluor = berisi gas argon dan merkuri, menghasilkan cahaya ultra ungu
    2. Pemegang tiub = memegang pin elektrod
    3. Cok = membekalkan voltan tinggi
    4. Suis Penghidup = menghidupkan lampu
    5. Perumah = tapak memegang bahagian-bahagian lampu yang lain




Latihan Elektronik Tingkatan Dua- Teras


Bahan drp PK. Terima kasih Pentaksir Kebangsaan

ELEKTRONIK

 





RAJAH 1

1          Rajah 1  menunjukkan satu komponen elektronik.
            Pilih penyataan yang betul berkaitan dengan komponen tersebut.  

I           Boleh menyimpan cas
II          Mempunyai dua kutub
III         Mengeluarkan cahaya
IV         Diperbuat dari bahan separa pengalir

A          I, II dan III
B          I,II dan IV
C         I,III dan IV
D         II,III dan IV


2          Unit ukuran bagi kapasitor ialah

A          ampere
B          ohm
C         volt
D         farad


3          Apakah bahagian pembesar suara yang menghasilkan medan elektromagnet apabila arus dialirkan melaluinya ?

A          Diafragma
B          Gegelung
C         Kerangka
D         Magnet kekal









 









                                       
RAJAH 2

4          Rajah 2 menunjukkan simbol satu komponen elektronik.
            Apakah nama  komponen tersebut ?

A          Diod Pemancar Cahaya
B          Perintang Peka Cahaya
C         Transistor
D         Buzer


                                   
X
 
                                   
                              
                               RAJAH 3 

5          Rajah 3 menunjukkan satu komponen elektronik.
            Apakah nama kaki yang bertanda X ?

A          Pemancar
B          Pemungut                                                                         
C         Katod
D         Anod






                                    
6          Apakah bahan yang digunakan untuk membuat transistor ?

A          Silikon dan germanium
B          Karbon dan tanah liat
C         Karbon dan kuprum
D         Pengalir


7          Apakah bahan yang digunakan untuk membersihkan bahagian yang hendak di pateri dan memudahkan alir timah pateri?

A          Fluks
B          Minyak
C         Pelarut
D         Plumbum


8          Perintang tetap jenis karbon biasanya dibuat daripada campuran serbuk     karbon dan                   .

A          kertas
B          plastik
C         tembaga
D         tanah liat


9          Antara komponen berikut, yang manakah dapat mengeluarkan cahaya ?

A          LED
B          Transistor
C         Kapasitor
D         Buzer





 



           
                                                   RAJAH  4

10        Rajah 4 menunjukkan simbol elektronik bagi komponen

            A          mikrofon                     
B          pemasa
            C         suis mikro                   
D         pembesar suara




11        Antara  komponen elektronik berikut, yang manakah boleh berfungsi sebagai suis?







 
            I                                   II                    
                       


           
                                                           
             III                                 IV


 







            A          I  dan II
            B          I dan III
            C         II dan IV
            D         III dan IV


12        Apakah fungsi pembesar suara ?

            A          meningkatkan gelombang bunyi dan gelombang elektrik
            B          menigurangkan gelombang elektrik dan gelombang bunyi
            C         menukarkan gelombang bunyi kepada gelombang elektrik
            D         menukarkan gelombang elektrik kepada gelombang bunyi


13        Apakah komponen yang dapat mengesan gelombang bunyi di dalam mikrofon ?

            A          Diod                
B          Pemuat
            C         Geganti                      
D         Transduser

           

14        Apakah jenis wayar yang digunakan untuk menyambung serpihan pada pin Litar Bersepadu?

            A          Perak             
B          Emas
            C         Loyang                       
D         Kuprum





15        Antara berikut yang manakah merupakan bahagian - bahagian pembesar suara?

            I           Kerangka
            II          Serpihan
            III         Diafragma
            IV         Plat keluli lembut

            A          I, II dan III                               
B          I, II dan IV
            C         I, III dan IV                              
D         II, III dan IV


16        Antara alatan berikut yang manakah mengandungi Litar Bersepadu ?

            I           Mesin kira
            II          Komputer
            III         Jam berdigit
            IV         Alat Pemateri

            A          I, II dan III                               
B          I, II dan IV
            C         I, III dan IV                              
D         II, III dan IV


17        Lukisan skematik dapat menggambarkan

            A          fungsi sesuatu projek
            B          kekemasan sesuatu projek
            C         fungsi komponen yang digunakan
            D         kedudukan komponen di dalam sesuatu projek


18        Litar Bersepadu mempunyai gabungan komponen elektronik berikut kecuali

            A          Diod                
B          Geganti
C         Transistor       
D         Perintang


19        Antara berikut, simbol yang manakah merupakan simbol suis mikro?

            A                                              B         



 


            C                                            D